• Recent Posts
  • Comments

    Latest News

    >> <<

    Photos on Flickr

    You are here : Home »

    Page

    Daily Video



    Sunday 2 January 2011

    PWtC : PERUBATAN WINTER CARNIVAL

    | No comment

    Seminar pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Kali ini, seminar yang bertajuk Perubatan Islam akan diadakan bersama-sama 2 program lain iaitu Hari Terbuka PERUBATAN dan Hari Keluarga PERUBATAN. Di bawah adalah sedikit sebanyak pengenalan mengenai karnival yang bakal menemui anda Februari ini.

    Nama Program : PERUBATAN Winter Carnival 2011 (PWtC ’11)
    Tema : Menjejak Tsaqafah, Mengemudi Ummah

    1) Perjalanan program PERUBATAN Winter Carnival (PwtC)

    Hari Keluarga PERUBATAN, 7hb Februari 2011.

    Aktiviti – aktiviti yang akan diadakan adalah:

    • Permainan luar dewan; contohnya sukaneka
    • Aktiviti dalam dewan pada waktu petang.

    Seminar : Perubatan Islam, 8hb & 9hb Februari 2011.

    Antara tajuk – tajuk yang akan dibentangkan adalah :

    • Definisi Perubatan Islam
    • Sejarah Ketamadunan Perubatan Islam
    • Perubatan Alternatif VS Perubatan Moden
    • Sistem Pendidikan dan Hospital Islam yang Kita Mahukan
    • Kronologi Kot Putih

    Teknik – teknik penyampaian adalah :

    • Pembentangan kertas kerja
    • LDK
    • Forum
    • Video

    Hari Terbuka PERUBATAN, 10hb Februari 2011

    Antara yang menarik adalah :

    • Pameran
    • Medical check up
    • Health education
    • Bazar makanan dan jualan BiKON
    • Talk

    2) Objektif PERUBATAN Winter Carnival 2011 (PWtC)

    Hari Keluarga PERUBATAN

    Mengeratkan keterikatan ukhwah sesama ahli PERUBATAN melalui aktiviti – aktiviti riadah yang diadakan.

    Seminar Perubatan : Perubatan Islam

    Menjana input dan thaqafah luar dari silibus pengajian kepada ahli PERUBATAN dalam usaha untuk menekankan aspek akademik mahasiswa PERUBATAN di samping membuktikan PERUBATAN tidak culas dalam menjadikan akademik sebagai platform utama persatuan kepada ahli, bersesuaian dengan frasa “ILMUAN BERBAKTI”, frasa pertama daripada tema PERUBATAN sesi 2010/2011.

    Hari Terbuka PERUBATAN

    Terbuka untuk semua warga Malaysia di bumi Mesir. Antara objektif yang ingin dicapai adalah:

    • Memberi peluang kepada ahli untuk mempraktikkan kemahiran asas klinikal
    • Memberi khidmat kesihatan kepada seluruh mahasiswa/wi selain ahli PERUBATAN
    • Menimbulkan kesedaran kepada golongan azhari tentang kepentingan pencegahan berbanding rawatan
    • Memberi pengetahuan asas dalam rawatan kecemasan
    • mempromosikan derma darah
    • Membuat culaan tentang gaya hidup masyarakat Malaysia di bumi Mesir

    Bagi mana – mana mahasiswa Perubatan Mesir yang berminat menyertai PWtC, cara dan tarikh pendaftaran akan diumumkan kemudian. Isilah cuti musim dingin ini dengan menyertai aktiviti – aktiviti yang berfaedah; yang memperkasakan minda dan menyuburkan jiwa!

    ‘Menjejak Tsaqafah Mengemudi Ummah’

    Tags : , ,

    No comments:

    Post a Comment